Saturday 16 March 2013

Percaya dengan-Nya :)

Assalamualaikum w.b.t :)

Apa khabar? Alhamdulillah bertemu lagi. Lama nohh tak update blog nie. Hihi :D Harap sihat semuanya.
Semenjak masuk semester II nie aku jadi busy sikit. Biasalah awal-awal tahun lagi kan. Sekarang jam menunjukkan jam 12.19 pagi.
Apalah yang aku tengah buat sekarang nie kan. Study? Tidaklah. 
Aku bukan rajin sangat pun ^^

Sebenarnya, aku baru habis baca satu cerpen dekat blog someone nie. Tajuk dia, buat aku tak sabaq-sabaq nak perabihkan cerita tu. 
Cerita tu betul-betul buat aku terfikir dan terdiam sekejap.
Tajuk apa? Haa, jangan duk kalut sangat. Sabaq naa.. Haha. 

Biasalah manusia nie, kadang-kadang tu mesti TERberangan juga kan?
Jangan tipu lah kalau hampa cakap takde. Haha. 
Hampa percaya tak dengan Cinta Selepas Nikah? Alaa, yang bercinta lepas ada ikatan yang sah tu lah. Hampa nie lah -___- 

Masa mula sekali aku dengar depa duk heboh pasal cinta lepas nie, aku tak percaya. Seriously, tak tipu :O haha. 
Pada aku waktu tu, ada ke orang yang tak pernah kenal, tak pernah jumpa, tak pernah bercinta tapi tuptup nak kahwin! Fuhh, macam tak masuk akal pun ada. Lagi-lagi pulak kalau jenis yang mak ayah aturkan nie. Boleh pulak depa terima eh. 

Tak dapat aku bayangkan, macam mana lah nak hidup dengan orang asing 
yang baru kenal waktu nak akad nikah. *Waktu nie aku budak-budak lagi kot, kihkihkih :D 
Tu yang fikiran tak berapa nak matang.

Tapi sampailah satu masa, aku terfikir. *Waktu nie aku baru lepas berhijrah :) ( Tupun nak bagitau :3 haha)
Tak ade yang mustahil kat dunia nie. Kalau itu dah takdirnya, takkan nak tolak pulak kan. Kadang-kadang benda yang kita tak sangka tulah akan berlaku. Lagipun bercinta sebelum nikah nie kan haram, better cari yang halal daripada jebakkan diri dengan yang haram.

SEKARANG, aku sangatlah percaya dengan cinta lepas nikah nie. 
Kalau boleh, biarlah aku dapat jodoh dengan orang yang aku tak pernah kenal sebelum nie. Kalau nak kenal-kenal dengan lebih dekat pas nikah nanti. Haha. Dan lagi satu, aku sedang berusaha menjadikan diri aku seorang muslimah yang lebih baik. *Bukan nak berlagak cuma nak habaq mai :)

Fyi, aku belum berniqob lagi. Aku masih dalam proses memperbetulkan diri.
InsyaALLAH, satu hari nanti niqob tu pasti akan menutupi wajah aku nie. Hihi. 
Pada aku, bila aku dah betul-betul sedia nanti baru akan pakai. 
Aku taknak partime tapi nak fulltime :) 
Tolong doakan moga-moga impian aku nie akan tercapai. 

ALLAH dah janjikan, perempuan yang baik pasti bersama dengan lelaki yang baik. Dan begitulah sebaiknya. Aku PERCAYA, ALLAH sedang aturkan yang terbaik untuk aku. 

"Buat bakal zaujku yang aku tak pernah kenal siapa pun anda. 
Bersabarlah, satu hari nanti kita pasti akan bertemu. Jika ada jodoh tak kemana. Mohon awak perbanyakkanlah ilmu agama awak supaya awak boleh bimbing saya menuju ke Jannah-Nya. Saya akan jagakan hati nie untuk awak. InsyaALLAH :)"

Cewaahh, berangan pulak aku nie. ^^ Tapi nie betul-betul lah, 
tak tipu pun. Hihi. 
Okay, aku muda lagi. Banyak benda lagi aku kena dahulukan. 
Tapi tak salahkan kalau kita punya sikit harapan macamtu? 
ALLAH Maha Mendengar. Yes! 

Aku pernah cakap dekat mak ayah yang aku nak depa
tolong carikan yang terbaik untuk aku tapi 
depa habaq pulak, 

"Mak dengan ayah terima je siapa orang tu. Kalau boleh
mak dengan ayah nak kaklong punya pilihan hati sendiri.
Bukan yang mak ayah carikan. Asalkan orang tu boleh bimbing kaklong dan ada kerja yang tetap."

Hohh, dengaq tak yang lastu tu? Haha. InsyaALLAH mak ayah :) 
Hahaha. Okay nak ketawa lagi. Hahaha :D
Bila timbul soal macam nie, mesti aku nak gelak. Pasaipa pun taktau. 
Haha, tengok! Gelak lagi.

Yeahh, lagi seminit pukul nak pukul 01.00 pagi. 
Tu tandanya mata dah mengantuk. Makin panjang makin aku melalut. 
Moga-moga hampa terhibur baca post aku yang melalut nie. Hehe. 
Laila Saeedah :) Bertemu lagi!

# Tajuk cerpen tu, Enta, bila nak bercinta? Sweet jugaklah cerita dia :)

"JANGAN MENGHARAPKAN YANG SEMPURNA KERANA
KESEMPURNAAN HANYALAH MILIK-NYA :)"

Wassalam Warahmatullahi Wabarokatuh.