Monday 31 December 2012

Selamat Tinggal 2012

Assalamualaikum w.b.t :)

Ahlan Wasahlan, selamat membaca post aku kali nie. Muehehe~ Sekarang, jam kat bilik aku menunjukkan jam 10.33. Lagi beberapa jam je tahun 2012 akan melabuhkan tirai, 2013 pula akan bertandang. Malam nie aku nak menyemakkan kotak fikiran hangpa dengan ayat-ayat kat post aku nie. Hehe :D

Macam sedih jer nak lepaskan 2012 nie pergi, ouhhh sungguh aku tak sanggup. Tapi apa kan daya, aku hanya insan yang lemah :'( *Abaikan drama sedih nie,hehe
Tahun 2013 nie hanyalah tahun baru KE-2 bagi kita semua. Tahun baru ISLAM baru jer berlalu, 1434H. Wow, banyak kenangan tu waktu tu. Segalanya berubah saat tu :)

Acctually...*TERspeaking lah plop ^^
Banyak sangat yang dah berlaku dalam tahun 2012 nie yooww! Sungguh aku nak habaq mai, macam-macam adaaaaa~ 

1.Tahun nie juga aku dapat kerja sambilan (sementara menunggu result spm) serius aku cakap, baru aku tahu macam mana nak cari duit sendiri. Allahu, penat lelah ALLAH saje yang tau. Sendiri dah rasa macam mana mak ayah aku kerja cari duit untuk aku adik beradik. *Tetibe nak mengalir air mata aku :'( Sobsobsob, So kalau taknak kerja susah, belajar lah pandai-pandai ye kawan :)

2.Aku dapat result spm! Perghh, berdebar wehhh.. Macam nak nangis tunggu keputusan spm. Haper? Nak tau result aku berapa? Tettt~ Biarlah rahsia :) Yang pasti kalau hangpa nak keputusan gempak, hangpa belajar lah sehabis mungkin wokehhh! :) hehe

3.Had nie, satu debaran gak bagi aku. Hangpa nak tau pabendaq? Haa, mai aku kasi habaq sikit. Waktu nie, aku tunggu tawaran sambung belajaq. Risau aku kot-kot tak dapat, tapi Alhamdulillah :) rezeki itu milik ALLAH, ada je tawaran untuk aku. Tapi disebabkan aku nie anak manja *Manja lah sangat, haha, aku ikutkan saje kemahuan mak ayah aku yang nak aku sambung STPM :) Sekarang nie aku nak masuk sem 2 dah, pastu sem 3, pastu habehhhhhh~ Aku tahu, pilihan mak ayah adalah yang terbaik. Mungkin rezeki aku disini. YES!

4.Bulan RAMADHAN :) Benarlah, bulan ini bulan yang penuh kerahmatan. Hati aku terbuka untuk kembali ke jalan-Nya. ALLAHUAKBAR! Bersyukur sangat :) Tak tau nak habaq camana, yang pasti aku betul-betul happy! Hehe. InsyaALLAH, penghijrahan aku selamanya :D doakan terbaik untuk aku naaaa..

5.Tahun nie jugak aku buat twitter, yeahhh. Kau hadoo? Hehe~ Dengan 'account' nie jugak lah yang banyak membantu aku berhijrah. Memang tak sia-sia lah aku buat twitter. Haper? Hangpa taktau yang aku ada twitter? Haa tulah, aku bukan pemesss pun. hehe :p

Haihh, kan penat dah baca post aku nie. Buat semak kotak fikiran hangpa je kan. Hehe :) Banyak lagi nak ceghita tapi takut hangpa demam pulak esok. Tak pasai-pasai aku dipersalahkan. *Aku memang suka membebel :P

Azam untuk tahun baru nie, banyak sangat, nanti kalau aku habaq mai, sampai esok aku dok taip boleh kejang tangan kak oii. "Selamat Tinggal 2012, bawalah pergi segala duka ku dan kau kirimkan kebahagiaan ku pada 2013 yang akan bertandang sebentar lagi." :D

Aku ada sesuatu nak tunjuk kat hangpa, TADAAAAAAA~


Maaf kalau tak cantik, aku buat dengan penuh kasih sayang tau :) Hehe (Tapi adik aku habaq, "Pasaipa macam keling je kaklong edit? Macam-macam warna ada! Haha".) Sentap sekejap dengar statement tu, huaaaa! *Nangis belakang langsir


Aku harap semua impian hangpa tercapai, InsyaALLAH dengan izin-Nya :) Begitu juga dengan aku, semoga segala impian aku termakbul. Jyeaahh! Bersemangatlah.
Berjanjilah bahawa, mulai tahun baru nie, kita BERJANJI mahu berubah ke arah yang lebih baik :) AMIN.. Kita lebih rajin solat di awal waktu (ditujukan untuk aku, hehe)

Segala yang baik tu datangnya daripada ALLAH, segala yang buruk tu datang daripada kesilapan diriku. Mohon maaf andai ada sakitkan or terkasaq bahasa sepanjang perkenalan kita dan sepanjang hangpa baca post-post aku nie :) MAAF!
Berjumpa di lain lembaran :D

Wallahualam, Wassalam ^^

Monday 3 December 2012

Harapan

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah,dapat juga tangan nie menaip untuk post seterusnya.
^__^ apa khabar kengkawan sekalian, aku harap
hangpa sihat sejahtera jaaa..
"HARAPAN" hangpa jangan dok pelik tengok title post kali nie.
Aku just nak share sesuatu dengan hangpa.
Jangan risau, mesti tak rugi punya :)

Masing-masing punya harapan kan?
Tipu kalau hangpa kata takde :)
Okayyyy, kalau hangpa nak tau. Aku sebelum nie takde lah
baik sangat, jahat tu biasalah kan.
Tapi ALHAMDULILLAH :)
ALLAH telah buka pintu hati aku untuk kembali ke jalan-Nya.
ALLAHURABBI, memang nie kenangan termanis dalam 
hidup aku.
Tahun baru ISLAM, aku nekad nak berubah sepenuhnya.
ALLAH Maha Adil, selepas berhijrah hati aku
tenang-setenangnya :)

Masa mula-mula tu, mak ayah aku terkejut jugak.
Mungkin depa macam tak percaya yang anak depa
nak bertudung labuh :)
TAPI...... Mak ayah aku memang sangat memahami.
Depa tak kisah, lagi suka adalah (ibu bapa mana tak kisah anak nak
jadi baik kan?)
Cuma.. Mak aku harapkan yang perubahan aku nie selamanya.
Bukan hangat-hangat tahi Lembu! *Ehh ^__^
Mak aku nak biarlah berterusan kerana DOA ANAK YANG SOLEH 
DAPAT MERINGANKAN SIKSAAN IBU BAPA DALAM KUBUR. *Betulkan
kalau aku salah.

"Ya Allah, mak... Akak tau semua tu.. Akak nak jadi anak yang terbaik
untuk mak & ayah. Hanya ALLAH saje yang tahu betapa sayangnya
akak dekat mak ayah :) *Muaaaahh!"

Kita hidup kat dunia nie, biarlah dapat membahagiakan
ibu bapa. Kalau tak memang sia-sia lah kan?
Pandai pulak aku nak nasihat orang, sedangkan diri nie masih 
banyak lagi kekurangan. Huhu

Aku amat berharap-harap sangat yang harapan aku 
nie TERMAKBUL. (Berniqab)
Tolong doakan untuk aku yeeeee.. *Kelip-kelip mata.
Hahaha. Okaylah, dah kosong idea nie.
Jazakallahuhairan :) sebab sudi baca post aku yang tak
seberapa nak beberapa nie.


Cakkkkk! Harapan aku lagi satu nak bela sekor kucing. Waaaahh~~ *Cium jugak kucing nie nanti ^__^

Jika ada sumur diladang, dapat juga aku tumpang mandi,
jika ada umur yang panjang, dapat hangpa bertemu aku lagi :)

#Renung-renungkan & Selamat Beramal!
WASSALAM.