Saturday 24 November 2012

Buku Baru

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

Hey hey hey,aku kembali lagi. Opss! Rasanya starting post kali ini aku rasa nak MEMbahasakan diri sebagai 'aku'. Yeahh,lebih mesra aku rasa. Kan? :)
Okay,post malam-malam ini aku nak berkongsi sesuatu tentang diri aku. YE! Diri yang baru. Sebenarnya dah lama aku pasang niat nak berubah tapi banyak sangat halangan yang melanda,lebih daripada badai pulak aku rasa.

Ramadhan tahun 2012 memang membawa kenangan paling manis dalam hidup aku. Aku rasa nikmat sangat puasa kali ini,bukan nikmat apa pun cuma nikmat yang aku tak pernah dapat sebelum ini. Ya Allah,memang ini rezeki aku. Aku ambil keputusan untuk berubah sepenuhnya. SEPENUHNYA. Bukan dari segi pemakaian je tapi dari segi akhlak. Insya-Allah :)

Betul kata orang,bila nak berubah menjadi baik nie banyak sangat dugaan datang. Lagi pulak aku nie bukan datang dari keluarga yang tinggi pendidikan agama. Keluarga aku orang biasa sahaja. Dengan keadaan sekeliling nie kadang-kadang boleh mematahkan semangat aku. Tapi,aku cuba kuatkan HATI. Aku yakin, ALLAH sentiasa bersama hamba-Nya yang ingin melakukan kebaikan. Aku cuba praktikkan sedikit sebanyak ilmu agama yang aku ada. Alhamdulillah, dapat membantu juga walaupun sedikit.

Melalui laman sosial ini juga aku manfaatkan sepenuhnya. Akaun Twitter aku tu baru je aku buat,sebelum raya kalau tak silap. Dengan Twitter jugaklah aku cuba mendekatkan diri dengan sahabat yang pandai bab agama sebab aku perlukan seseorang yang boleh membimbing aku :)

Mereka di Twitter tidak pernah menyombong,setiap apa yang aku kurang tahu pasti akan terjawab. Terima Kasih Ya Allah sebab memudahkan urusan aku. Kini, aku dalam proses penghijrahan & yang paling penting sekali, pada 1 Muharram 1434(tahun baru Islam) aku telah memasang azam baru iaitu BERHIJRAH sepenuhnya. Aku akan lebihkan masa mendekatkan diri dengan Allah & paling penting solat awal waktu(yang nie memang aku liat sikit.)


                                                          Inilah 'RUPA' aku yang baru ^__^

Tadaaaaaa.. Inilah aku yang 'baru'. Jangan pulak hangpa ingat yang nie aku yang 'betul-betul'! Ini cuma kartun je tapi beginilah cara pemakaian aku sekarang. :) Amacam? Okay tak? Hee.

Aku rasa kalau orang dah lama kenal aku mungkin akan terkejut tengok perubahan diri aku nie. Mana tak nya, Ain yang dulu dah jadi Ain yang baruuuuuu. ^__^

Well,zaman dah berubah. Anda bila lagi? Huhu. Ini baru first step,banyak lagi benda aku kena buat. Sekarang tengah fikir nak tukar segala pakaian & jenis tudung dalam almari tu dengan yang BARU. That's mean,yang lebih ayu & sopan. Ecehh! Perasan pulak aku nie. Okay,stop melalut Cik Ain!

Aku baru ingat cuti sem nie nak pergi kelas agama kat PJ tapi mungkin tak ada rezeki sebab aku kena 'busy'kan diri dengan lesen memandu. Lepastu nak belajar untuk sem 2,sebelum masuk sem kenalah belajar sikit nanti dah masuk sem bolehlah 'eksen' dengan depa. Ehh,gurau jela. Haha. In Shaa Allah ada rezeki aku akan pergi jugak kelas kat PJ tu :)

Makin panjang aku menaip makin banyak aku merepek+mengarut+melalut. So lebih baik aku hentikan semua nie sebelum merebak. Tapi sebelum tu aku nak bagi hangpa tengok satu gambar & gambar inilah impian aku. Jika diizinkan Allah, In Shaa Allah. Pasti aku akan laksanakan impian nie.


              Yeahhhhh! Inilah yang aku mahukan. Hangpa pun mesti inginkan sebegini jugak kan ^__^

Tengokk,sejuk mata memandangkan? Ini baru kartun kalau orang betul yang pakai. Fuhh,tak tahu nak cakap  apalah. Inilah wanita muslimah SEJATI. Cara beginilah yang dituntut dalam Islam(berniqab tidak wajib). Jika benda baik yang kita inginkan pasti ALLAH kan membantu. Percayalah! Kalau tak caya,hangpa p nyanyi lagu Siti NurHaliza. Hee


Aku harap hangpa dapat doakan semoga penghijrahan aku ini selamanya & impian aku ini terlakasana. Apa yang aku lakukan hanya kerana ALLAH & kerana ibu bapa aku. Wallahualam.

*Keluarga aku gembira sangat dengan perubahan aku nie :) Alhamdulillah,doa ibu & bapa sampai ke syurga. Amin ^__^ 
>>>Syukran kerana sudi membaca,moga bertemu lagi di lain lembaran :)
WASSALAM.