Saturday 13 July 2013

Ramadhan 1434H

Assalamualaikum dan salam Ramadhan :)


Alhamdulillah, dapat juga aku menulis untuk entri yang seterusnya. 
Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak, moga Ramadhan kali ini lebih bermakna dari tahun-tahun sebelum ini. 
Walaupun dah Ramadhan keempat, tapi nak 'wish' juga 'Happy Fasting Month' untuk hangpa. Ngee 

Dalam bulan puasa nie, harap-harap iman kita semua semakin meningkat lah yee. Ini kan bulan mulia, setahun sekali je. 
Kalau boleh, apa yang kita liat nak buat sebelum nie bolehlah kita rajinkan diri untuk buat yee. Contohnya: 


1. Berpuasa penuh (terutama kaum Adam) 
2. Solat 5 waktu dia awal waktu. 
3. Banyakkan mengaji. 
4. Solat terawikh (sebulan sekali) 
5. Sedekah bagi yang mampu. (janji ikhlas)


Banyak lagi sebenarnya, tapi yang diatas adalah contoh sahaja. 
Kalau boleh, janganlah waktu Ramadhan jer kita bertungkus-lumus nak jadi baik tapi hakikatnya bila bulan lain kita jadi malas pulak. 
Kan tak manis tu, jangan jadikan ianya bermusim (macam musim buah), hihihi. 
Haaa, kalau berbelanja di baazar Ramadhan tu jangan berlebih-lebihan pula yee. 
Jangan ikutkan nafsu sangat. 
Bila tengah lapar memang semua makanan kita nampak sedap tapi bila dah berbuka, dah kenyang, semua tak larat nak habiskan makanan. Kan membazir namanya tu. 
Ish ish ish, amalan SYAITAN tu. 

Dalam bulan mulia nie, banyak benda baik yang kita boleh belajar. 
InsyaAllah, Allah permudahkan semuanya. 
Bagi yang belum menutup aurat dengan sebetulnya, masa nie lah kita nak belajar tutup aurat dengan sempurna mengikut syariat Islam. 
Barulah jadi contoh teladan yang baik kepada semua orang. 
Ingat, aurat itu wajib ditutup. 
Tidak salah nak ber'fesyen' tapi jangan tabarruj. 
Yang bersederhana itulah yang terbaik. 
Sedap mata memandang. 

Paling penting sekali, kita istiqomah dalam setiap perkara yang kita lakukan. 
Jangan hangat-hangat tahi ayam jer. Hihihi. 

Moga-moga segala amal ibadat kita selama ini diterima oleh Allah SWT :) InsyaAllah Aamiin Allahumma Aamiin. 
 Jangan malas-malas. 
Bulan mulia nie lah kita nak rebut pahala bebanyak. 

Jom imarahkan lagi bulan Ramadhan ^_^ 

Semoga bertemu lagi! 
WASSALAM. 








Thursday 11 April 2013

Sayang Mak ♥

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh :) 

Apa khabar hangpa-hangpa sekalian? Teman harap demo sihat sokmo deh. Hihi.. 
Harini aku nak kongsi satu cerita dengan hangpa. Tengok tajuk pun hangpa dapat agak kan. 
Let me straight to the point. Ecewaah, speaking konon ^^ haha. 

Eh kejap. Mesti hangpa rindu kat aku kan? Sebab aku lama tak update blog nie. Kihkihkih  
Mengaku jelah, bukan orang tau pun. Okay, aku mengarut. 

Sebenarnya aku nak cerita satu kisah sedih, pada aku sedih sebab aku menangis tapi taktahu lah hangpa rasa apa nanti. 
Hangpa semua mesti ada emak, ibu, umi, mama, mummy, mom dan segala macam panggilan lagi kan. 
Haih, belum ceqita lagi dah menangis? Haha. Okay, assif aku mengarut lagi. 

Bismillah. Tadi waktu petang aku iron baju sekolah (budak stpm biasalah) then tengah syok-syok iron tu. Tiba-tiba aku rasa pelik dengan kain sekolah aku. Aku check banyak kali juga kain tu, mana tau aku terambil kain yang baru ke. Tapi tak, kain lama yang aku gosok tu. 
Setahu aku, kain lama tu dah terkoyak sikit bahagian bawah dia. Dah berbulu kain bawah tu, biasalah budak ganas pakai. Aku tak bagitau pun kat mak yang kain tu koyak sebab aku taknak susahkan mak aku. Rupa-rupanya, mak aku dah tolong adjust dan jahit balik bahagian yang koyak tu. Serious aku menangis. Mungkin pada hangpa ceqita aku nie macam takde makna tapi pada aku, BESAR MAKNANYA. 
Aku tak tahu bila masa mak aku jahit kain tu. 

Lagi satu, haritu kain sekolah aku lagi. Tapi kancing dia tercabut (betapa ganasnya aku nie) Hehe. Aku nak try jahit sendiri. Tapi biasalah tangan orang tak berseni nie. Memang hancus jadinya. Senget aku jahit. Memang out! Haha. 
Aku pun biarkan dulu, kejap lagi sambung lagi. Hangpa tau tak, mak aku dah tolong jahit. Tapi mak aku tak bagitahu pun. Tup-tup tengok dah siap jahit. Cantik pulak tu. Memang waktu tu, aku sedih jugaklah. Sobsss *lap air mata* 

Apa yang aku nak sampaikan kat sini, mak kita nie. Kadang-kadang tu depa mana nak tunjukkan kasih-sayang depa kat kita. Lagi-lagi bila kita dah besaq nie. Memang jarang nak dengaq yang mereka kata 'I LOVE U' kat kita. Hehe. Tapi hakikatnya, depa sayangkan kita. Cuma kita je yang selalu rasa depa tak sayang kita lah apelah. 

Lagi satu, marah itu tandanya SAYANG. So, kalau mak kita marah kita mesti ada sebab. Instinct mak nie kuat tau, jangan menipu depa. Aku dulu masa kecik-kecik ada juga pernah terfikir yang mak aku nie tak sayang aku ke. Selalu kena marah --'' (budak nakal again) rupanya anggapan aku sebelum nie salah seribu kali salah. Now, aku dah besaq. Bak kata iklan Calcium (seingat akulah) "Saya okay, saya dah besar." Hahaha~ Aku dah tau mana kaca mana permata. Eceeewaaah~~~~~~

Untuk anak-anak diluar sana. Hargailah ibubapa kita selagi mereka ada. Jangan sampai satu saat nanti kita menyesal dah tak ada gunanya. SAYANGILAH IBUBAPA KITA :)))) 

To my mom, 
Akak sayang mak sangat-sangat. Emaklah ratu hati akak selamanya. Tiada dua tiga dan seterusnya, hanya mak dihati akak. Terima kasih atas segalanya. You are the BEST woman that I know and meet. I am sorry for all my mistake. Akak nie selalu buat mak marah kan, MAAFKAN AKAK :'( I love you so mucccccch :* Akak sayang ayah juga :) Lelaki paling HEBAT :*

THE END. 
Terima kasih sebab sudi baca :) 
WASSALAM.


Saturday 16 March 2013

Percaya dengan-Nya :)

Assalamualaikum w.b.t :)

Apa khabar? Alhamdulillah bertemu lagi. Lama nohh tak update blog nie. Hihi :D Harap sihat semuanya.
Semenjak masuk semester II nie aku jadi busy sikit. Biasalah awal-awal tahun lagi kan. Sekarang jam menunjukkan jam 12.19 pagi.
Apalah yang aku tengah buat sekarang nie kan. Study? Tidaklah. 
Aku bukan rajin sangat pun ^^

Sebenarnya, aku baru habis baca satu cerpen dekat blog someone nie. Tajuk dia, buat aku tak sabaq-sabaq nak perabihkan cerita tu. 
Cerita tu betul-betul buat aku terfikir dan terdiam sekejap.
Tajuk apa? Haa, jangan duk kalut sangat. Sabaq naa.. Haha. 

Biasalah manusia nie, kadang-kadang tu mesti TERberangan juga kan?
Jangan tipu lah kalau hampa cakap takde. Haha. 
Hampa percaya tak dengan Cinta Selepas Nikah? Alaa, yang bercinta lepas ada ikatan yang sah tu lah. Hampa nie lah -___- 

Masa mula sekali aku dengar depa duk heboh pasal cinta lepas nie, aku tak percaya. Seriously, tak tipu :O haha. 
Pada aku waktu tu, ada ke orang yang tak pernah kenal, tak pernah jumpa, tak pernah bercinta tapi tuptup nak kahwin! Fuhh, macam tak masuk akal pun ada. Lagi-lagi pulak kalau jenis yang mak ayah aturkan nie. Boleh pulak depa terima eh. 

Tak dapat aku bayangkan, macam mana lah nak hidup dengan orang asing 
yang baru kenal waktu nak akad nikah. *Waktu nie aku budak-budak lagi kot, kihkihkih :D 
Tu yang fikiran tak berapa nak matang.

Tapi sampailah satu masa, aku terfikir. *Waktu nie aku baru lepas berhijrah :) ( Tupun nak bagitau :3 haha)
Tak ade yang mustahil kat dunia nie. Kalau itu dah takdirnya, takkan nak tolak pulak kan. Kadang-kadang benda yang kita tak sangka tulah akan berlaku. Lagipun bercinta sebelum nikah nie kan haram, better cari yang halal daripada jebakkan diri dengan yang haram.

SEKARANG, aku sangatlah percaya dengan cinta lepas nikah nie. 
Kalau boleh, biarlah aku dapat jodoh dengan orang yang aku tak pernah kenal sebelum nie. Kalau nak kenal-kenal dengan lebih dekat pas nikah nanti. Haha. Dan lagi satu, aku sedang berusaha menjadikan diri aku seorang muslimah yang lebih baik. *Bukan nak berlagak cuma nak habaq mai :)

Fyi, aku belum berniqob lagi. Aku masih dalam proses memperbetulkan diri.
InsyaALLAH, satu hari nanti niqob tu pasti akan menutupi wajah aku nie. Hihi. 
Pada aku, bila aku dah betul-betul sedia nanti baru akan pakai. 
Aku taknak partime tapi nak fulltime :) 
Tolong doakan moga-moga impian aku nie akan tercapai. 

ALLAH dah janjikan, perempuan yang baik pasti bersama dengan lelaki yang baik. Dan begitulah sebaiknya. Aku PERCAYA, ALLAH sedang aturkan yang terbaik untuk aku. 

"Buat bakal zaujku yang aku tak pernah kenal siapa pun anda. 
Bersabarlah, satu hari nanti kita pasti akan bertemu. Jika ada jodoh tak kemana. Mohon awak perbanyakkanlah ilmu agama awak supaya awak boleh bimbing saya menuju ke Jannah-Nya. Saya akan jagakan hati nie untuk awak. InsyaALLAH :)"

Cewaahh, berangan pulak aku nie. ^^ Tapi nie betul-betul lah, 
tak tipu pun. Hihi. 
Okay, aku muda lagi. Banyak benda lagi aku kena dahulukan. 
Tapi tak salahkan kalau kita punya sikit harapan macamtu? 
ALLAH Maha Mendengar. Yes! 

Aku pernah cakap dekat mak ayah yang aku nak depa
tolong carikan yang terbaik untuk aku tapi 
depa habaq pulak, 

"Mak dengan ayah terima je siapa orang tu. Kalau boleh
mak dengan ayah nak kaklong punya pilihan hati sendiri.
Bukan yang mak ayah carikan. Asalkan orang tu boleh bimbing kaklong dan ada kerja yang tetap."

Hohh, dengaq tak yang lastu tu? Haha. InsyaALLAH mak ayah :) 
Hahaha. Okay nak ketawa lagi. Hahaha :D
Bila timbul soal macam nie, mesti aku nak gelak. Pasaipa pun taktau. 
Haha, tengok! Gelak lagi.

Yeahh, lagi seminit pukul nak pukul 01.00 pagi. 
Tu tandanya mata dah mengantuk. Makin panjang makin aku melalut. 
Moga-moga hampa terhibur baca post aku yang melalut nie. Hehe. 
Laila Saeedah :) Bertemu lagi!

# Tajuk cerpen tu, Enta, bila nak bercinta? Sweet jugaklah cerita dia :)

"JANGAN MENGHARAPKAN YANG SEMPURNA KERANA
KESEMPURNAAN HANYALAH MILIK-NYA :)"

Wassalam Warahmatullahi Wabarokatuh.